Monday, October 11, 2010

Kenali Bentuk Badan


KENALI BENTUK BADAN

Disebabkan begitu sibuk dengan kursus-kursus peningkatan, VTO, PPD, PPL, Exam,self study juga bussines plan, agak sukar nak update blog di tambah berebut laptop dengan anak-anak...slow sikit nak blogging ya juga tapi alhamdulliah sikit sebanyak mula menguasainya....saya suka belajar... terus-terusan belajar...so sikit sebanyak nak share kat sini apa yang kak shima dah buat untuk Internship VTO. Harap pengunjung suka dengan penerangan bentuk badan ni. Pas tu jom tengok2 cermin, dalam kategori bentuk badan apakah anda?... Nantikan post2 pembelajaran selanjutnya dari kak shima.

Bentuk badan boleh di bahagikan kepada beberapa bentuk asas. Mengenali bentuk badan adalah lebih baik sebelum membeli atau membuat pakaian yang sesuai mengikut bentuk badan. Di bawah adalah bentuk-bentuk badan yang biasa dimiliki wanita.

 Hourglass Body Shape

Ia adalah bentuk badan yang ideal sebab bahagian badan dada, bahu dan bahagian pinggul adalah lebih kurang sama kelebarannya.
 







Pear Body Shape

Pinggul dan pangkal peha adalah pemusatan badan yang mana ia adalah lebih lebar berbanding bahagian badan yang lain. Bahu adalah kecil manakala pinggang yang ramping.Ia adalah bentuk natural seorang wanita.





Inverted Triangle Shape

Bahagian bahu dan dada adalah lebih lebar dari bahagian pinggul. Ia merupakan badan seorang ”Athletic” dan biasa dimiliki oleh catwalk model. Kebiasaan bentuk badan ini juga memiliki peha dan kaki yang cantik.





Rectangle Shape
 
Bentuk badan seperti athletic dengan dada dan pinggul yang lebihkurang sama kelebarannya. Pinggang adalah kecil atau hampir tiada walaupun perut adalah rata.






Apple Shape
 
Bentuk ini bukan bermakna gemuk, dada penuh, bahagian atas tanpa atau pinggang yang kecil. Bahagian atas kelihatan berat manakala dada dan bahagian pinggang lebih besar dari bahagian pinggul.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

  © Shima Creations Copyright Reserved 2010. Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP