Monday, October 11, 2010

Ukur Bentuk Badan


UKUR BENTUK BADAN

Bagi mendapatkan hasil pakaian yang selesa dan padan, ukuran yang diambil haruslah tepat. Dengan itu anda perlu mengetahui peralatan, bahagian badan dan teknik mengambil ukuran yang betul. Semasa mengambil ukuran, catat ukuran di dalam buku catatan ukuran. 

TEKNIK MENGAMBIL UKURAN

1. Apabila membuat sesuatu pakaian, pola-pola hendaklah disediakan dengan teliti supaya pakaian itu mesti betul-betul padan dengan si pemakai.

2. Sebelum membuat pola-pola, ukuran-ukuran hendaklah diambil dengan betul. Jika hendak mebuat pakaian sendiri, suruhlah orang lain mengukurnya.

3. Selain daripada ukuran-ukuran penting yang mesti diketahui, ukuran-ukuran yang diambil mengikut fesyen pakaian juga perlu diambil seperti ukuran turun leher yang diukur dari tengah tengkuk belakang atau ukuran garis empire dan sebagainya.

4. Pakai pakaian yang sendat, ringkas ,tidak berlapis atau bergelembung kerana ini akan membuatkan ukuran tidak tepat

5. Badan hendaklah dalam keadaan normal.

6. Berdiri di sisi kanan pelanggang ketika mengambil ukuran.

7. Ambil ukuran bahagian belakang diikuti dengan bahagian hadapan

8. Semasa mengambil ukuran keliling badan:
 
- pastikan pita ukur dipegang dengan betul.
- ambil ukuran keliling badan yang paling besar
 
- Jangan mengukur terlalu ketat atau terlalu longgar.

9. Ulang mengambil ukuran dua atau tiga kali untuk mengelakkan kekeliruan dan juga untuk mendapatkan ukuran yang lebih tepat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

  © Shima Creations Copyright Reserved 2010. Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP